Pages

Monday, October 11, 2010

Gua bergelar pelajar UITM

"Nah!!,amik surat ni, baca!!",tepat jam 10am,mak gua memekik kepada gua. Gua dalam keadaan mamai unta lalu mengabaikan surat yang dicampak oleh mak gua. Selang beberapa minit. Mak gua tanpa segan silu lalu memekik untuk kali ke dua "pekkk, bangun!!!, baca surat tu,". Gua dalam keadaan yang beron dan bebal lalu bangun mengapai surat tersebut lalu membacanya tanpa ragu.
Kelihatan sebuah logo yang terkemuka berada dia atas sbelah kanan surat tersebut. GUa teruskan membaca, ternyata isi kandungan surat tersebut telah membuatkan gua terpinga-pinga.

"Tahniah Anda Diterima Sebagai Pelajar Universiti Teknologi Mara Kampus Cawangan Perak"
AD110 Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka.

Maka dengan Itu bermulalah sebuah cabaran baru dalam hidup gua sebagai seorang pelajar universiti. Pada mulanya gua memang agak keberatan untuk menjadi pelajar ni, sebab gua memang malas belajar waktu sekolah dulu, masuk kelas pun muka terpaksa, ada masa skit gua tido, kadang-kadang wat muka sakit depan cikgu (kononnya boleh dapat belas kasihan dari pihak cikgu), pelajar yang bencikan undang-undang sekolah(budak rabel).
"Gua kena berubah, bermula dari saat ini", hati gua berbisik.
Gua melangkah keluar dari bilik dengan yakin dan tabah. Menggapai tuala kuning lalu berbaring diatas sofa.
(awal 3 tahun lepas).

Kini gua sudah pun hampir menamatkan  pengajian gua di peringkat diploma. Hebat

No comments:

Post a Comment